Thursday, 29 May 2014
Director Journal week 13
Malam tayangan ini akan ditayangkan keseluruhan hasil kerja
pelajar yang mengambil kertas produksi perfileman di Jabatan Pengajian Media, UM. Kali ini malam tayangan ini diadakan bertempat
Armada hotel, Petaling jaya. Tema yang dibawakan pada malam tayangan adalah
berkonsepkan “Vintage & Bow Tie”. Pelajar tahun pertama dikehendaki
menguruskan screening night ini, kerana ini merupakan sebahagian daripada
penilian berterusan untuk mereka. Oleh itu
setiap pengarah hendaklah menyiapkan suntingan video masing-masing sebelum
minggu ke-12. Pada malam tersebut juga terdapat beberapa anugerah yang di
pertandingkan Antara set props terbaik, suntingan tebaik, dan sinematografi
terbaik. Jiayou, pelajar tahun pertama!! Tak sabar rasanya!
Director Journal week 12
Hisyam telah memilih tiga orang wakil
iaitu Xiang Wei, Tan Ben Lee, dan Azrie dan Hisyam sendiri untuk menjalani ujian pada minggu ini. Ujian kali ini boleh dikatakan mencabar kumpulan kami. Video iklan
kami mendapat banyak kritikan terutamanya aspek teknikal. Ujian ini terbahagi
kepada dua slot iaitu slot pertama kami ditanya berkenaan aspek teknikal dan
kemudian mereka disoal berkenaan hasil kerja yang kami hasilkan iaitu iklan
komersial lovelypop. Disebabkan kecuaian Hisyam dalam aspek suntingan,
perancangan jalan cerita kumpulan kami mendapat markah yang kurang memuaskan. Tetapi, saya berasa Hisyam tidak seharusnya menyalahkan dirinya sendiri. asalkan sudah sedaya upaya usahlah sedih lagi. Leave no regret. Syabas kumpulan kami!
Director Journal week 11
Pada minggu ini, Dr. Azlan akan bagi ujian untuk setiap kumpulan untuk mempertahankan produksi mereka.
Antara soalan yang ada dalam ujian tersebut:
Antara soalan yang ada dalam ujian tersebut:
Aspects of
evaluation?
1. Narration
(story, dramatic appeal, 3 act structure)
2. Sound
(music, dialogue, silence, narrator, sound effects)
3. Shot
(focus, frame, angle, movement, space, sets, light, color)
4. Editing
(order, cuts, duration, rhythm, continuity, montage).
*Keputusan hasil
ujian ini adalah kumpulan kami mendahului daripada kumpulan-kumpulan yang lain.
Seterusnya
ujian kedua kami diminta untuk menghantar tiga wakil daripada setiap kumpulan
dan saya telah memilih nurul shuhada, ameera, dan xiang wei untuk menjalani
ujian tersebut.dan syabas untuk mereka yang berjaya.
Director Journal week 10
Pada minggu ini,Ujian yang dimaksudkan adalah kami diberikan tugasan untuk
mencipta satu jalan cerita secara ringkas dan kami di kehendaki pitching sinopsis tersebut semasa kuliah
berlangsung. Ini merupakan synopsis cerita yang saya hasilkan yang diberi tajuk
“: SAYA BUKAN SEORANG YANG TIDAK BERGUNA”.
1.
1.Ali merupakan seorang yang pernah masuk ke
penjara kerana dia ditangkap atas kesalahan menghisap dadah. Hari ini merupakan
hari yang dia keluar dari penjara dan dia berjanji akan menjadi seorang yang
berguna.
2. 2.
Malangnya, tidak ada orang ingin mengupah dia
sebagai pekerja kerana dia ada rekod kesalahan. Pada suatu hari, Dia temu
seorang yang baik hati iaitu Tauke Lim.
3. 3.
Dia berkerja dengan Tauke Lim dan Tauke Lim
menghidapi penyakit yang tidak boleh hidup lama. Selepas Tauke Lim meninggal
dunia, Ali mewarisi perniagaanya dan mengembang perniagaannya sehingga ke
peringkat kebangsaan.
Director Journal week 9
Pada minggu ini, Kami di beritahu oleh Dr bahawa ujian oleh pensyarah kami pada minggu seterusnya. Oleh itu setiap
harus memastikan mereka bersedia menghadapi ujian yang bakal berlangsung dan
mempertahankan hasil kerja masing-masing."alamak!" saya respon. Saya berasa takut adanya ujian tetapi bersyukur kerana hisyam ,xiang wei dan krew lain dapat handle dengan baik. Saya bukan seorang yang pintar tetapi bersyukur saya kerana belajar dengan orang yang mahir. All is Well!!
Director Journal week 8
Minggu ini merupakan minggu yang penting iaitu minggu Final Shoot. Kumpulan kami berangkat ke Melaka untuk shooting kami. Memang dalam dugaan, Kami menghadapi masalah seperti orang yang homeless tidur kat tempat shoting menyebbkan shooting kami tertangguh. Tetapi , akhirnya diselesaikan juga dengan berunding dengannya. Ketika berunding dengannya, Saya berasa takut kerana saya tidak tahu apa tindakan yang dia akan lakukan terhadap saya dan saya tidak pernah berunding dengan orang yang saya tidak kenali. Tetapi, ini merupakan pengalaman yang saya perolehi untuk kegunaan masa depan jugak. Bersyukur segala berjalan dengan lancar pada final shoot.
Kumpulan kami telah mengadakan final shooting pada minggu ke-8 semasa cuti pertengahan semester. Kami berjaya menyelesaikan semua masalah yang berlaku semasa hari pengambaran berlangsung
Kumpulan kami telah mengadakan final shooting pada minggu ke-8 semasa cuti pertengahan semester. Kami berjaya menyelesaikan semua masalah yang berlaku semasa hari pengambaran berlangsung
Director Journal week 7
Pada minggu ini, Kami diajar tentang kriteria-kriteria seorang pengarah yang baik. bukan senang jadi seorang pengarah yang baik. Saya berasa masih perlu latihan yang banyak untuk melangkah jadi seorang pengarah yang yang baik. Tiada orang yang sempurna dalam dunia ini. Saya berasa kita hendak sentiasa improve diri kita agar kita menjadi lebih baik bukannya sempurna. oleh itu, saya sahut cabaran agar saya lebih baik dari menjadi seseorang yang lebih baik pada masa yang akan datang.
Pada minggu yang sama kumpulan kami telah mengadakan reheasal shooting, dan akhirnya kami diminta untuk menayangkan hasil kerja reheasal shooting kami di dalam kelas. Hal ini menjadi tradisi di dalam dunia perfileman, dimana setiap hasil percubaan akan ditayangkan kepada umum untuk menilai kekurangan yang ada pada video tersebut. Komen yang baik diterima oleh kami, dan kami telah mencatatkan setiap komen dan cadangan yang telah diberikan. Akhirnya kumpulan kami berbincang berkenaan tarikh akhir pengambaran yang akan berlangsung di D’brug homestay, pada 12/4/14.
Pada minggu yang sama kumpulan kami telah mengadakan reheasal shooting, dan akhirnya kami diminta untuk menayangkan hasil kerja reheasal shooting kami di dalam kelas. Hal ini menjadi tradisi di dalam dunia perfileman, dimana setiap hasil percubaan akan ditayangkan kepada umum untuk menilai kekurangan yang ada pada video tersebut. Komen yang baik diterima oleh kami, dan kami telah mencatatkan setiap komen dan cadangan yang telah diberikan. Akhirnya kumpulan kami berbincang berkenaan tarikh akhir pengambaran yang akan berlangsung di D’brug homestay, pada 12/4/14.
Director Journal week 6
Pada minggu ini, kumpulan kami akan menjalankan rehesal shooting. Segala keperluan yang diperlukan terutamanya Props telah disediakan
dengan baiknya oleh krew kami. Dalam reheasal tersebut kami menggunakan
Tan ben lee sebagai budak lelaki dan mei zi sebagai gadis remaja.
Berbekalkan satu video cam NXCAM kerja-kerja reheasal shooting kami
berjalan dengan lancar walaupun terdapat kekurangan pada reheasal
tersebut. Semasa proses suntingan video reheasal saya mendapati terdapat
banyak perkara yang perlu diperbetulkan untuk final shooting nanti.
Segala persiapan harus dirancangan dengan teliti agar masalah sama tidak
berulang pada final shooting kelak.
Saya berasa ada manfaatnya adanya rehesal shoot kerana kami dapat tengok apa yang akan kami shoot pada hari final shooting nanti. Segala masih boleh diperbaiki sebelum terlambat. Kita juga boleh tengok apa masalah yang timbul nanti dan apa yang perlu dibekalkan pada Final shooting nanti.
Director Journal week 5
Pada minggu ini,Dr. Azlan mengajar kami tentang pelbagai teori filem. Kuliah ini memberi
pendekatan kepada pengarah baru yang hendak menceburi bidang perfileman.
Setiap filem mempunyai pengarah, dan pengarah inilah orang yang
berperanan menjalankan kerja-kerja balik tabir untuk menjadik sesebuah
filem itu berjaya atau tidak. Menjadi perkara biasa di dalam dunia
perfilem apabila pengarah perlu mengambil tahu tentang semua perkara
didalam sesebuah produksi seperti script, shooting script, storyboard,
dan sebagainya. Seterusnya kami juga dikuliahkan tentang teori filem
iaitu teori author yang diperkenalkan oleh Andrew Sarris. Menurutnya,
pengarah filem boleh di latih menerusi pembacaan sejarah perfileman dan
gaya pengarahan yang baik.
Selepas mendengarnya, Otak saya hampir meletup. Banyaknya benda kena belajar. Saya orang baru dalam bidang ini. entah-entah boleh hidup ke tak sem ini? Tapi saya cuba belajar kerana subjek ini semakin menarik bagi saya.
Selepas mendengarnya, Otak saya hampir meletup. Banyaknya benda kena belajar. Saya orang baru dalam bidang ini. entah-entah boleh hidup ke tak sem ini? Tapi saya cuba belajar kerana subjek ini semakin menarik bagi saya.
Director Journal week 4
Minggu ini kami diajar tentang aspek model
kitaran produksi. antara elemen yang ada dalam model ini adalah konsep,
pembangunan, kewangan, pre-produksi, produksi, pasca produksi, marketing, dan
distribution. banyakkan konsep yang ada dalam model kitaran produksi ni. Selepas mendengar penjelasan dari dr. Azlan , saya berasa keliru. Saya tahu untuk membikin sesuatu filem adalam susah tapi prosedur untuk menghasilkan nya lebih susah. saya berasa kagum dengan orang-orang yang menghasilkan filem.
Hisyam seterusnya membahagikan tugas-tugas kepada kami untuk melaksanakan. dan bersyukur segala berjalan dengan lanar pada minggu ini.
Hisyam seterusnya membahagikan tugas-tugas kepada kami untuk melaksanakan. dan bersyukur segala berjalan dengan lanar pada minggu ini.
Sunday, 9 March 2014
Kill Bill: Volume 1
"An entire wedding party is slaughtered during a dress rehearsal in a rural chapel: the pregnant woman in the blood-splattered wedding dress is Black Mamba, better known as The Bride. The assassin, Bill, and his circle known as The Vipers left The Bride for dead, but unluckily for them she was merely comatose. Four years later, The Bride suddenly awakens from her coma and realizes what has been done to her. She sets off on a ferociously focused mission, setting out to seek revenge on her formermaster and his deadly squad of assassins. One by one, she kills the various members of the assassin group. She saves Bill for last."--Kill Bill Synopsis.
I heard about KIll Bill since i was secondary school. I didn't know anything about KIll Bill . "Is KIll Bill a song name or movie or is just a simple word that make all people crazy about it?" I was a nerd when i was secondary school so don't blame if i didn't know about this movie. Until the time Dr. Azlan let us watch this movie, KIll Bill this word was so familiar for me. Therefore i remembered, i heard this word before.
This is a nice movie which i can't denied. I like the whole story, the shooting scene, the background music, the actor,and so on.Finally i understand why people so crazy about it on that time. Haha. After watched this movie, i figured out many names of this movie actor and director had nominated and some had win the awards for this movie.
Director Journal Week 3 3/3/2014
Pada minggu ini,kami team periklanan telah siapkan penulisan skrip dan shooting skrip kami. Ahli-ahli kumpulan memberi kerjasama yang sepenuhnya. Kumpulan kami juga telah siap membahagikan tugas kepada ahli kumpulan. Semua orang memberi komitmen.
Kami juga menetapkan tarikh bagi penggambaran untuk periklanan kami. Tempat yang kami akan pergi ialah Melaka. Watak-watak/ pelakon bagi periklanan juga kami tetapkan. Segala perbincangan berjalan dengan lancar.
Sebagai seorang penulis skrip, saya mendapati idea/cerita bagi periklanan harus ditulis / disampaikan dengan jelas agar semua orang faham dan penonton yang tonton periklanan yang disiarkan, mereka juga faham apa yang kami ingin sampaikan.
Jika cerita/ idea kami tidak ditulis dengan jelas, masalah seperti salah faham atau tidak faham akan berlaku. Untuk mencegah masalah seperti ini berlaku, biasanya saya akan berbincang dengan penulis skrip dan director untuk memastikan apa yang harus saya tulis dan apa yang harus saya padamkan bagi skrip saya sebelum pengambaran dilakukan.
Setelah siap menulis skrip, kami akan upload ke group kami bagi ahli kumpulan kami. Tujuan kami buat demikian kerana untuk memastikan mereka semua faham cerita/idea yang kami menyampaikan. hal ini memudahakan semua ahli kumpulan kami.
Kami juga membentangkan idea kami kepada ahli kumpulan yang lain melalui pembentangan pada hari Khamis yang lepas. Diharapkan segala berjalan dengan lancar pada hari penggambaran nanti.
Sunday, 2 March 2014
Forrest Gump Review
Filem “Forrest
Gump” ditayangkan pada 1994 berdasarkan novel yang ditulis oleh penulis
Winstoon Groom. Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama Forrest Gump
bercerita pasal kehidupannya kepada orang lain ketika menunggu bus. Dia
memiliki IQ yang rendah daripada budak biasa. Dari kecil, Forrest Gump
tinggal bersama ibunya. Forrest Gump seorang anak yatim piatu kerana dia tidak
ada ayah. Yang bernasib baiknya, ibunya memiliki rumah yang besar dan mampu
menyara hidup Forrest Gump. Tambahan pula, Forrest Gump emendidiknya sehingga
dia menjadi seorang yang Berjaya. Pengetua sekolah Forrest Gump menasihati
ibunya untuk menukar sekolah Forrest Gump ke sekolah khas tetapi ibu dia
enggan. Forrest Gump telah berkawan dengan seorang budak perempuan bernama
Jenny ketika dia menaiki bus sekolah. Pada masa itu, Forest Gump telah jatuh
cinta kepada Jenny.
Forrest Gump telah melanjutkan pelajaran sehingga ke tahap universiti.
Selepas dia tamat pelajarannya, dia masuk United States Army. Pada masa itu, dia menemui kawan dia Benjamin
Buford "Bubba" Blue. Mereka sering bersama -sama. Bubba mempunyai
impian yang dia ingin membeli sebuah kapal dan menjadi kapten kepada kapal
tersebut untuk menangkap udang yang banyak. Bubba mengajak Forrest
untuk menjadi partnernya. Tetapi malangnya, Bubba dibunuh semasa dihantar ke
Vietnam untuk peperangan. Forrest kemudiannya berkawan dengan Lt.
Dan Taylor. Forrest yang menyelamat Lt.Dan Taylor ketika peperangan Vietnam dan
Forrest tercedera manakala Lt. Dan Taylor telah kehilangan kedua-dua kakinya.
Ketika peperangan tersebut. Semasa di hospital, Forest melatihkan dirinya
menjadi pemain ping pong yang handal dan mewakili US army untuk bertanding
dengan pemain ping pong di China.
Selepas menang pertandingan ping pong, Forrest telah
tamat tempohnya untuk berkhidmat kepda US army. Dia membuat keputusan untuk
memenuhi perjanjian dia kepada Bubba iaitu membeli kapal dan menangkap udang
yang banyak. Lt. Dan Taylor juga menjadi partner Forrest dan dia mengikut
Forrest melari kapal tersebut.
Setelah berpisah dengan Forrest, Jenny telah
melibatkan dirinya dalam menghisap dadah dan meniduri lelaki. Dia juga berfikir
untuk bunuh diri tetapi dia tidak melakukannya. Forrest seterusnya
mebiarkan Lt. Dan Taylor menguruskan perniagaannya. Forrest menjadi
kaya. Forrest bergegas balik ke rumahnya yang di Alabama untuk menjenguk
ibunya. Ibunya telah mendapat penyakit parah dan telah meninggal dunia .
Forrrest seterusnya tinggal di rumah Alabama sementara menunggu Jenny balik ke
Alabama. Akhirnya, Jennny pulang. Tetapi keesokkan pagi, Jenny meninggal
Forrest sekali lagi. Forrest sedih dan membuat keputusan untuk belari sejauh
mungkin dia boleh. Perbuatan Forrest membuatkan Forrest lagi terkenal. Setelah
penat, Forrest berhenti dan pulang ke rumahnya di Alabama.
Setelah sekian lama, Jenny menghubungi
Forrest semula. Forrest gembira. Apabila Forrest jumpa dengan Jenny, Jenny
memberitahu Forrest bahawa dia telah menjadi ayah kepada anaknya. Lalu, Forrest
melamar Jenny dan mereka berkahwin. Jenny memberitahu Forrest bahawa dia telah
mendapat penyakit dan akan mati. Dia memberitu Foprrest untuk menjaga anaknya
dan tidak lama kemudian Jenny meninggal dunia. Forrest menjaga anaknya seperti
yang dijanji,
Director Journal Week 2 24 FEBRURARY 2014 (MONDAY) / 27 FEBRUARY 2014 (THURSDAY)
Dalam kelas yang minggu ke2, Dr. Azlan memberi kuliah kepada kami. Melalui kuliah ini, saya mulai memahami peranan orang-orang yang bertugas bagi sesi penggambaran. Seterusnya, kami juga membahagikan kumpulan kami dan terus bincang pasal bilakah tarikh yang kita patut shooting. kumpulan kami membuat keputusan membuat shooting selepas mid sem break. kami juga membuat keputusan untuk membuat shooting rehesal pada minggu ke4. Segala diatur dengan baik. Segala yang dibahagikan adalah seperti berikut:
1. Budjeting (RM 30.00)
2. transportation
3. props
-bunga
-cake POP / lolipop
-aiskrim
-ballon
-bear
4. Accommodation
Berikut adalah tugas-tugas yang diberi;
1. Production Manager (PM)
- Nurul Shuhada
- Atiyn Fasya
2. Camera Person - Yusmadi Yusoff
3. Script writter & Shooting script
- Ooi Suhung
- Poon Mei Zi
- Tan Ben Lee
-Cy Wen
4. Story Board
- Chris Sj
5. Props
- Kiki Wong
- Ann Gee Lim
- Mira
-Lee xiang Wei
1. Budjeting (RM 30.00)
2. transportation
3. props
-bunga
-cake POP / lolipop
-aiskrim
-ballon
-bear
4. Accommodation
Berikut adalah tugas-tugas yang diberi;
1. Production Manager (PM)
- Nurul Shuhada
- Atiyn Fasya
2. Camera Person - Yusmadi Yusoff
3. Script writter & Shooting script
- Ooi Suhung
- Poon Mei Zi
- Tan Ben Lee
-Cy Wen
4. Story Board
- Chris Sj
5. Props
- Kiki Wong
- Ann Gee Lim
- Mira
-Lee xiang Wei
Subscribe to:
Posts (Atom)