Sunday 2 March 2014

Forrest Gump Review

    Filem “Forrest Gump” ditayangkan pada 1994 berdasarkan novel yang ditulis oleh penulis Winstoon Groom. Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama Forrest Gump bercerita pasal kehidupannya kepada orang lain ketika menunggu bus. Dia memiliki IQ yang rendah daripada budak biasa.  Dari kecil, Forrest Gump tinggal bersama ibunya. Forrest Gump seorang anak yatim piatu kerana dia tidak ada ayah. Yang bernasib baiknya, ibunya memiliki rumah yang besar dan mampu menyara hidup Forrest Gump. Tambahan pula, Forrest Gump emendidiknya sehingga dia menjadi seorang yang Berjaya.  Pengetua sekolah Forrest Gump menasihati ibunya untuk menukar sekolah Forrest Gump ke sekolah khas tetapi ibu dia enggan. Forrest Gump telah berkawan dengan seorang budak perempuan bernama Jenny ketika dia menaiki bus sekolah. Pada masa itu, Forest Gump telah jatuh cinta kepada Jenny. 
            Forrest Gump telah melanjutkan pelajaran sehingga ke tahap universiti. Selepas dia tamat pelajarannya, dia masuk United States Army. Pada masa itu, dia menemui kawan dia  Benjamin Buford "Bubba" Blue. Mereka  sering bersama -sama. Bubba mempunyai impian yang dia ingin membeli sebuah kapal dan menjadi kapten kepada kapal tersebut untuk menangkap udang yang banyak. Bubba mengajak Forrest untuk menjadi partnernya. Tetapi malangnya, Bubba dibunuh semasa dihantar ke Vietnam untuk peperangan. Forrest kemudiannya berkawan dengan  Lt. Dan Taylor. Forrest yang menyelamat Lt.Dan Taylor ketika peperangan Vietnam dan Forrest tercedera manakala Lt. Dan Taylor telah kehilangan kedua-dua kakinya. Ketika peperangan tersebut. Semasa di hospital, Forest melatihkan dirinya menjadi pemain ping pong yang handal dan mewakili US army untuk bertanding dengan pemain ping pong di China. 
                     Selepas menang pertandingan ping pong, Forrest telah tamat tempohnya untuk berkhidmat kepda US army. Dia membuat keputusan untuk memenuhi perjanjian dia kepada Bubba iaitu membeli kapal dan menangkap udang yang banyak. Lt. Dan Taylor juga menjadi partner Forrest dan dia mengikut Forrest melari kapal tersebut. 
                      Setelah berpisah dengan Forrest, Jenny telah melibatkan dirinya dalam menghisap dadah dan meniduri lelaki. Dia juga berfikir untuk bunuh diri tetapi dia tidak melakukannya. Forrest seterusnya mebiarkan Lt. Dan Taylor menguruskan perniagaannya. Forrest menjadi kaya. Forrest bergegas balik ke rumahnya yang di Alabama untuk menjenguk ibunya. Ibunya telah mendapat penyakit parah dan telah meninggal dunia . Forrrest seterusnya tinggal di rumah Alabama sementara menunggu Jenny balik ke Alabama. Akhirnya, Jennny pulang. Tetapi keesokkan pagi, Jenny meninggal Forrest sekali lagi. Forrest sedih dan membuat keputusan untuk belari sejauh mungkin dia boleh. Perbuatan Forrest membuatkan Forrest lagi terkenal. Setelah penat, Forrest berhenti dan pulang ke rumahnya di Alabama. 

                       Setelah sekian lama, Jenny menghubungi Forrest semula. Forrest gembira. Apabila Forrest jumpa dengan Jenny, Jenny memberitahu Forrest bahawa dia telah menjadi ayah kepada anaknya. Lalu, Forrest melamar Jenny dan mereka berkahwin. Jenny memberitahu Forrest bahawa dia telah mendapat penyakit dan akan mati. Dia memberitu Foprrest untuk menjaga anaknya dan tidak lama kemudian Jenny meninggal dunia. Forrest menjaga anaknya seperti yang dijanji,

No comments:

Post a Comment