Sunday 9 March 2014

Director Journal Week 3 3/3/2014


Pada minggu ini,kami team periklanan telah siapkan penulisan skrip dan shooting skrip kami. Ahli-ahli kumpulan memberi kerjasama yang sepenuhnya. Kumpulan kami juga telah siap membahagikan tugas kepada ahli kumpulan. Semua orang memberi komitmen.
       Kami juga menetapkan tarikh bagi penggambaran untuk periklanan kami. Tempat yang kami akan pergi ialah Melaka. Watak-watak/ pelakon bagi periklanan juga kami tetapkan. Segala perbincangan berjalan dengan lancar.
       Sebagai seorang penulis skrip, saya mendapati idea/cerita bagi periklanan harus ditulis / disampaikan dengan jelas agar semua orang faham dan penonton yang tonton periklanan yang disiarkan, mereka juga faham apa yang kami ingin sampaikan.
      Jika cerita/ idea kami tidak ditulis dengan jelas, masalah seperti salah faham atau tidak faham akan berlaku. Untuk mencegah masalah seperti ini berlaku, biasanya saya akan berbincang dengan penulis skrip dan director untuk memastikan apa yang harus saya tulis dan apa yang harus saya padamkan bagi skrip saya sebelum pengambaran dilakukan.
     Setelah siap menulis skrip, kami akan upload ke group kami bagi ahli kumpulan kami. Tujuan kami buat demikian kerana untuk memastikan mereka semua faham cerita/idea yang kami menyampaikan. hal ini memudahakan semua ahli kumpulan kami.
     Kami juga membentangkan idea kami kepada ahli kumpulan yang lain melalui pembentangan pada hari Khamis yang lepas. Diharapkan segala berjalan dengan lancar pada hari penggambaran nanti.

No comments:

Post a Comment