Thursday 29 May 2014

Director Journal week 5

                        Pada minggu ini,Dr. Azlan mengajar kami tentang pelbagai teori filem. Kuliah ini memberi pendekatan kepada pengarah baru yang hendak menceburi bidang perfileman. Setiap filem mempunyai pengarah, dan pengarah inilah orang yang berperanan menjalankan kerja-kerja balik tabir untuk menjadik sesebuah filem itu berjaya atau tidak. Menjadi perkara biasa di dalam dunia perfilem apabila pengarah perlu mengambil tahu tentang semua perkara didalam sesebuah produksi seperti script, shooting script, storyboard, dan sebagainya. Seterusnya kami juga dikuliahkan tentang teori filem iaitu teori author yang diperkenalkan oleh Andrew Sarris. Menurutnya, pengarah filem boleh di latih menerusi pembacaan sejarah perfileman dan gaya pengarahan yang baik.
                           Selepas mendengarnya, Otak saya hampir meletup. Banyaknya benda kena belajar. Saya orang baru dalam bidang ini. entah-entah boleh hidup ke tak sem ini? Tapi saya cuba belajar kerana subjek ini semakin menarik bagi saya.

No comments:

Post a Comment