Thursday 29 May 2014

Director Journal week 13

                    Malam tayangan ini akan ditayangkan keseluruhan hasil kerja pelajar yang mengambil kertas produksi perfileman di Jabatan Pengajian Media, UM.  Kali ini malam tayangan ini diadakan bertempat Armada hotel, Petaling jaya. Tema yang dibawakan pada malam tayangan adalah berkonsepkan “Vintage & Bow Tie”. Pelajar tahun pertama dikehendaki menguruskan screening night ini, kerana ini merupakan sebahagian daripada penilian berterusan untuk mereka.  Oleh itu setiap pengarah hendaklah menyiapkan suntingan video masing-masing sebelum minggu ke-12. Pada malam tersebut juga terdapat beberapa anugerah yang di pertandingkan Antara set props terbaik, suntingan tebaik, dan sinematografi terbaik. Jiayou, pelajar tahun pertama!! Tak sabar rasanya!

Director Journal week 12

                   Hisyam telah memilih tiga orang wakil iaitu Xiang Wei, Tan Ben Lee, dan Azrie dan Hisyam sendiri untuk menjalani ujian pada minggu ini. Ujian kali ini boleh dikatakan mencabar kumpulan kami. Video iklan kami mendapat banyak kritikan terutamanya aspek teknikal. Ujian ini terbahagi kepada dua slot iaitu slot pertama kami ditanya berkenaan aspek teknikal dan kemudian mereka disoal berkenaan hasil kerja yang kami hasilkan iaitu iklan komersial lovelypop. Disebabkan kecuaian Hisyam dalam aspek suntingan, perancangan jalan cerita kumpulan kami mendapat markah yang kurang memuaskan. Tetapi, saya berasa Hisyam tidak seharusnya menyalahkan dirinya sendiri. asalkan sudah sedaya upaya usahlah sedih lagi. Leave no regret. Syabas kumpulan kami! 

Director Journal week 11

           Pada minggu ini, Dr. Azlan akan bagi ujian untuk setiap kumpulan untuk mempertahankan produksi mereka.



Antara soalan yang ada dalam ujian tersebut:
Aspects of evaluation?
1. Narration (story, dramatic appeal, 3 act structure)
2. Sound (music, dialogue, silence, narrator, sound effects)
3. Shot (focus, frame, angle, movement, space, sets, light, color)
4. Editing (order, cuts, duration, rhythm, continuity, montage).
*Keputusan hasil ujian ini adalah kumpulan kami mendahului daripada kumpulan-kumpulan yang lain.
Seterusnya ujian kedua kami diminta untuk menghantar tiga wakil daripada setiap kumpulan dan saya telah memilih nurul shuhada, ameera, dan xiang wei untuk menjalani ujian tersebut.dan syabas untuk mereka yang berjaya.

Director Journal week 10

          Pada minggu ini,Ujian yang dimaksudkan adalah kami diberikan tugasan untuk mencipta satu jalan cerita secara ringkas dan kami di kehendaki pitching sinopsis tersebut semasa kuliah berlangsung. Ini merupakan synopsis cerita yang saya hasilkan yang diberi tajuk “: SAYA BUKAN SEORANG YANG TIDAK BERGUNA”.
             

1.       1.Ali merupakan seorang yang pernah masuk ke penjara kerana dia ditangkap atas kesalahan menghisap dadah. Hari ini merupakan hari yang dia keluar dari penjara dan dia berjanji akan menjadi seorang yang berguna.
2.    2.   Malangnya, tidak ada orang ingin mengupah dia sebagai pekerja kerana dia ada rekod kesalahan. Pada suatu hari, Dia temu seorang yang baik hati iaitu Tauke Lim.
3.     3.  Dia berkerja dengan Tauke Lim dan Tauke Lim menghidapi penyakit yang tidak boleh hidup lama. Selepas Tauke Lim meninggal dunia, Ali mewarisi perniagaanya dan mengembang perniagaannya sehingga ke peringkat kebangsaan.

Director Journal week 9

           Pada minggu ini, Kami di beritahu oleh Dr  bahawa ujian oleh pensyarah kami pada minggu seterusnya. Oleh itu setiap harus memastikan mereka bersedia menghadapi ujian yang bakal berlangsung dan mempertahankan hasil kerja masing-masing."alamak!" saya respon. Saya berasa takut adanya ujian tetapi bersyukur kerana hisyam ,xiang wei dan krew lain dapat handle dengan baik. Saya bukan seorang yang pintar tetapi bersyukur saya kerana belajar dengan orang yang mahir. All is Well!!

Director Journal week 8

                      Minggu ini merupakan minggu yang penting iaitu minggu Final Shoot. Kumpulan kami berangkat ke Melaka untuk shooting kami. Memang dalam dugaan, Kami menghadapi masalah seperti orang yang homeless tidur kat tempat shoting menyebbkan shooting kami tertangguh. Tetapi , akhirnya diselesaikan juga dengan berunding dengannya. Ketika berunding dengannya, Saya berasa takut kerana saya tidak tahu apa tindakan yang dia akan lakukan terhadap saya dan saya tidak pernah berunding dengan orang yang saya tidak kenali. Tetapi, ini merupakan pengalaman yang saya perolehi untuk kegunaan masa depan jugak. Bersyukur segala berjalan dengan lancar pada final shoot.

                 Kumpulan kami telah mengadakan final shooting pada minggu ke-8 semasa cuti pertengahan semester. Kami berjaya menyelesaikan semua masalah yang berlaku semasa hari pengambaran berlangsung

Director Journal week 7

               Pada minggu ini, Kami diajar tentang kriteria-kriteria seorang pengarah yang baik. bukan senang jadi seorang pengarah yang baik. Saya berasa masih perlu latihan yang banyak untuk melangkah jadi seorang pengarah yang yang baik. Tiada orang yang sempurna dalam dunia ini. Saya berasa kita hendak sentiasa improve diri kita agar kita menjadi lebih baik bukannya sempurna. oleh itu, saya sahut cabaran agar saya lebih baik dari menjadi seseorang yang lebih baik pada masa yang akan datang.
               Pada minggu yang sama kumpulan kami telah mengadakan reheasal shooting, dan akhirnya kami diminta untuk menayangkan hasil kerja reheasal shooting kami di dalam kelas. Hal ini menjadi tradisi di dalam dunia perfileman, dimana setiap hasil percubaan akan ditayangkan kepada umum untuk menilai kekurangan yang ada pada video tersebut. Komen yang baik diterima oleh kami, dan kami telah mencatatkan setiap komen dan cadangan yang telah diberikan. Akhirnya kumpulan kami berbincang berkenaan tarikh akhir pengambaran yang akan berlangsung di D’brug homestay, pada 12/4/14.

Director Journal week 6

                  Pada minggu ini, kumpulan kami akan menjalankan rehesal shooting. Segala keperluan yang diperlukan terutamanya Props telah disediakan dengan baiknya oleh krew kami. Dalam reheasal tersebut kami menggunakan Tan ben lee sebagai budak lelaki dan mei zi sebagai gadis remaja. Berbekalkan satu video cam NXCAM kerja-kerja reheasal shooting kami berjalan dengan lancar walaupun terdapat kekurangan pada reheasal tersebut. Semasa proses suntingan video reheasal saya mendapati terdapat banyak perkara yang perlu diperbetulkan untuk final shooting nanti. Segala persiapan harus dirancangan dengan teliti agar masalah sama tidak berulang pada final shooting kelak.
                  Saya berasa ada manfaatnya adanya rehesal shoot kerana kami dapat tengok apa yang akan kami shoot pada hari final shooting nanti. Segala masih boleh diperbaiki sebelum terlambat. Kita juga boleh tengok apa masalah yang timbul nanti dan apa yang perlu dibekalkan pada Final shooting nanti.
            

Director Journal week 5

                        Pada minggu ini,Dr. Azlan mengajar kami tentang pelbagai teori filem. Kuliah ini memberi pendekatan kepada pengarah baru yang hendak menceburi bidang perfileman. Setiap filem mempunyai pengarah, dan pengarah inilah orang yang berperanan menjalankan kerja-kerja balik tabir untuk menjadik sesebuah filem itu berjaya atau tidak. Menjadi perkara biasa di dalam dunia perfilem apabila pengarah perlu mengambil tahu tentang semua perkara didalam sesebuah produksi seperti script, shooting script, storyboard, dan sebagainya. Seterusnya kami juga dikuliahkan tentang teori filem iaitu teori author yang diperkenalkan oleh Andrew Sarris. Menurutnya, pengarah filem boleh di latih menerusi pembacaan sejarah perfileman dan gaya pengarahan yang baik.
                           Selepas mendengarnya, Otak saya hampir meletup. Banyaknya benda kena belajar. Saya orang baru dalam bidang ini. entah-entah boleh hidup ke tak sem ini? Tapi saya cuba belajar kerana subjek ini semakin menarik bagi saya.

Director Journal week 4

              Minggu ini kami diajar tentang aspek model kitaran produksi. antara elemen yang ada dalam model ini adalah konsep, pembangunan, kewangan, pre-produksi, produksi, pasca produksi, marketing, dan distribution. banyakkan konsep yang ada dalam model kitaran produksi ni. Selepas mendengar penjelasan dari dr. Azlan , saya berasa keliru. Saya tahu untuk membikin sesuatu filem adalam susah tapi prosedur untuk menghasilkan nya lebih susah. saya berasa kagum dengan orang-orang yang menghasilkan filem.  
              Hisyam seterusnya membahagikan tugas-tugas kepada kami untuk melaksanakan. dan bersyukur segala berjalan dengan lanar pada minggu ini.